Blanc Cookware yg pertama.

Salam sejahtera untuk semua yg sentiasa minat dgn item2 cookware ni..apatah lagi dengan material terkini yg sentiasa up to date dgn pelbagai bentuk design yg sentiasa mencuba memenuhi keperluan mama2 diluar sana tu..termasuklah saya.

Bermulalah kisah...Kuali batu premium jenama Blanc Cookware. Produk cookware pertama keluaran blanc home living berpengakalan di shah alam..wah rasa macam nak gi perang pulak yer...

Sesungguhnya dan sememangnya dia diibaratkan begitu...walau hanya sebagai jenama cook ware, namun item ni menjadi platform utk kami ni berjihad didalam bisnes keluarga.

Alhamdulillah...bulan june 2021 merupakan kejayaan membawa masuk item ni setelah gigih berusaha...rasa2 macam tu laa tak tahulah kegigihan tu samada masih diperingkat yg tak seberapa..maklumlah nak jadi usahawan utk tukar platform bagi kerja yg sedia ada ni..

Yg pentingnya nak cerita perihal kuali batu ni...kenapa lah dia jadi pilihan untuk aku mulakan perniagaan..Allah...terasa nikmat yg Kau berikan bila nampak item2 berlabuh dan mendarat di shah alam..

Ciri2 istimewa nya...diperbuat dari batu granite yg diimport dari teknologi Germany. rasa mcm masak atas batu..hehe. senang nak handle cepat panas, masak sekata, tak berkerak dan melekat. aduhhh makk makanan pun bertambah sedapp.

Kena pulak design dia yg agak sofisticated..eh betul ke ejaan tu? saya yakin korang faham la kan...kira macam design terkini dan sungguh sedap.mata memandang...

Bahan2 digunakan tu pun tak merbahaya...bebas PFOA, PTFE, PFOS.dan inilah ciri menarik yg menjadi tarikan pelanggan. Jadi bila memasak jer tak pikir apa dah...hanya fikir cukup ke garam ni? hehe ingat nak yg sedap2 saja buat hidangan famili tersayang...

Dah malam..rasa sampai sini dulu..sbb mata pun semakin kelat dan kuyu..hehe.esok2 saya update lagi you guys...pasal kuali ni. Jumpa lagi next entry okay? makanya selamat malam dan salam kesejahteraan utk semua...lena penuh redha atas kurniaan Allah....Aminn.



Comments